June 4th, 2011

Peserta bergambar kenangan bersama Penyelia DUN dan Pengelola Halaqat
Sungai Long – Seramai lebih 50 orang peserta Majlis Tilawah al-Quran, Hafazan & Azan bawah 12 tahun peringkat DUN Kuala Balah telah berjaya memperdengarkan bacaan al-Quran, hafazan ayat-ayat lazim & alunan azan di Masjid Mukim Sungai Long baru-baru ini.
Para peserta adalah terdiri daripada anak-anak didik guru Quran & Halaqat Kerajaan Kelantan yang terpilih dan para pemenang akan mewakili DUN Kuala Balah ke Peringkat Parlimen Jeli yang akan ditentukan kemudian.

Seorang peserta paling kecil, Mohd Ali, 5 tahun sedang memperdengarkan hafazannya
Program ini adalah acara tahunan yang telah diatur bagi mengetahui tahap pencapaian anak didik guru-guru al-Quran di bawah seliaan Pejabat Halaqat Jeli.
Majlis penyampaian hadiah dan perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fauzi Zakaria, Penyelia DUN Kuala Balah. Turut hadir menyerikan majlis ialah Ustaz Ismail Omar, Pengelola Halaqat Jajahan Jeli, Penghulu-penghulu mukim, Pegawai-pegawai & Pembantu-pembantu Pegawai Halaqat dan Guru-guru al-Quran DUN Kuala Balah.

Penyelia DUN sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang sambil diperhatikan Ustaz Ismail Omar
Kategori: Umum | Tiada komen »
June 4th, 2011
Shah Alam – Dewan Pemuda PAS Kawasan Jeli (DPPKJ) telah menghantar 4 orang Perwakilan ke Muktamar Agung tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) di sini baru-baru ini. Mereka ialah Ketua Pemuda, Ustaz Khairul Anuar Ismail, Timbalan Ketua Pemuda, Setiausaha & Timbalan Setiausaha II.

Ketua DPPKJ, Ustaz Khairul, Setiausaha, Ustaz Ahmad Sanuzi & Timbalan Setiausaha II, Sdra Abdullah Hasyim
Kategori: Umum | 3 Komen »
May 28th, 2011
Kategori: Umum | 1 komen »
May 28th, 2011
Kategori: Umum | Tiada komen »
May 28th, 2011
Kategori: Umum | 1 komen »
May 28th, 2011
Padang Perdana – Lebih 300 wakil Dewan Pemuda PAS Jeli telah menyertai Himpunan Munajat 10 ribu pemuda Kelantan di sini baru-baru ini.




Kategori: Umum | Tiada komen »
May 20th, 2011

Saf Pimpinan PAS Kawasan Jeli bersama Penceramah, YB Yusmadi Yusof dan Ustaz Nik Zawawi Salleh

Nibong – 18 Mei; PAS Kawasan Jeli dengan kerjasama Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) dan Majlis Tindakan DUN Bukit Bunga telah berjaya menganjurkan program penerangan isu-isu semasa Pemimpin Bersama Rakyat di sini semalam.
Program ini turut dihadiri Penceramah jemputan; YB Yusmadi Yusof, Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang dan Ustaz Nik Zawawi Salleh, Dewan Ulama PAS Pusat yang juga bekas ADUN Kuala Besut.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai dan lebat sebelum program bermula, rakyat Jeli tetap datang untuk mendengar sendiri kupasan isu semasa dari pimpinan dan penceramah jemputan.
Antara isu yang disebut oleh YDP ialah tentang pembohongan Umno dalam memutarbelitkan fakta Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dan pengkhianatan Umno khasnya Dato Mustapa Muhamad di Jeli yang telah menyekat hak rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.
Turut hadir ialah Timbalan YDP, YB Ustaz Abdullah Yaakob, Naib YDP, Hj Sufley Ab Razak, Ketua Penerangan yang juga Penyelia DUN Kuala Balah, Sdr. Mohd Fauzi Zakaria dan pimpinan-pimpinan Kawasan.
Kategori: Umum | 1 komen »
May 19th, 2011


Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, bolehlah ‘bank in’ terus ke akaun Bank Islam (BIMB) PAS Kawasan Jeli. Semoga mendapat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah Taala.
Kategori: Umum | 1 komen »
May 19th, 2011

Bukit Bunga – DPPK Jeli akan menghantar 333 orang Pemuda ke program Ipon 10K di Padang Perdana, esok, kata Setiausahanya Ustaz Ahmad Sanuzi Fauzi. Majlis pelepasan peserta akan disempurnakan oleh Naib YDP PAS Kawasan Jeli, Tuan Hj Sufley Ab Razak di perkarangan Pusat Khidmat DUN Bukit Bunga. Tema himpunan berserta munajat Pemuda ini ialah “Pakat Peranyut Umno ke Laut”.
Kategori: Umum | 1 komen »
February 25th, 2011
LAKOTA – Satu Majlis solat Hajat di tapak pembinaan bangunan Pusat Khidmat Masyarakat Jeli akan dilaksanakan selepas solat Jumaat hari ini, insya Allah.
Menurut Hj Amiruddin, Penolong Setiausaha PAS Jeli, solat hajat ini bagi melicinkan lagi pembinaan bangunan tersebut yang bakal menjadi tempat tumpuan masyarakat Jeli dalam mendapat khidmat mereka dari pimpinan PAS Jeli.
Kategori: Umum | Tiada komen »